suria

Anggota PKR Dipecat Jika Langgar Peraturan Parti - Saifudin

PETALING JAYA: Anggota PKR yang didapati melanggar peraturan dan perlembagaan parti terutama sepanjang kempen pilihan raya umum ke-13 ini akan dipecat.

Perkara itu diberitahu Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

"Kami akan terus mengumpul maklumat dan bukti mengenai kesalahan-kesalahan ahli yang didapati bertentangan dengan pendirian parti di program-program yang dijalankan sepanjang kempen pilihan raya umum ini.

"Tindakan susulan termasuk pecat akan terus berjalan," katanya.

Sabtu lepas Ketua Penerangan PKR Tian Chua berkata PKR memecat 34 anggotanya yang bertanding sebagai calon Bebas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain