Pas Sudah Lari Daripada Matlamat Asal - Ustaz Kazim Elias - Semasa | mStar

Pas Sudah Lari Daripada Matlamat Asal - Ustaz Kazim Elias

KUALA LUMPUR: PAS sudah lari dari matlamat asalnya apabila tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam terutamanya dalam hal melibatkan isu akidah umat Islam, kata penceramah bebas Ustaz Kazim Elias (gambar).

Sambil melahirkan kekecewaannya dengan parti yang dianggotainya sejak sekian lama, beliau berkata 'arus' parti itu juga berbeza selepas menyertai pakatan pembangkang.

Berikutan itu, katanya beliau membawa dirinya lari daripada 'arus' PAS yang dilihatnya tidak lagi berpegang kepada perjuangan Islam semata-mata.

Beliau bercakap selaku anggota panel Wacana Isu-isu Islam dan Umat Islam menjelang PRU-13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, Ahad.

Antara anggota panel lain ialah Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad; dan Ketua Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata Umno adalah seperti 'bangunan yang sudah kukuh yang tidak perlu ditukar dengan yang baru'.

"Jika ada kerosakan (pada bangunan itu), ia hanya perlu dibaiki segera. Repair yang mana rosak, repair yang mana tak elok, sebab bangunannya masih elok, boleh menjamin keselamatan kita," katanya.

Ustaz Kazim juga mengakui bahawa beliau menyokong usaha penyatuan antara Umno dan PAS.

"Saya cakap (perkara ini) sejak lima enam tahun lepas, dah sampai masa kita bersatu, baik orang Umno, baik orang PAS, carilah jalan bersatu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PAS Komited Teruskan Hudud - Mustafa

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain