Hilang Pendengaran Catat Rekod Penyakit Pekerjaan Tertinggi Tahun Lepas - Semasa | mStar

Hilang Pendengaran Catat Rekod Penyakit Pekerjaan Tertinggi Tahun Lepas

MELAKA: Kes hilang pendengaran akibat bunyi bising merupakan penyakit pekerjaan paling tinggi yang direkodkan sepanjang tahun lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata berdasarkan statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebanyak 956 kes direkodkan tahun lepas membabitkan penyakit itu.

"Ia diikuti dengan penyakit paru-paru akibat pekerjaan iaitu sebanyak 111 kes dan penyakit kepincangan otot dan tulang (OMD) iaitu 95 kes," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2013 di Dataran Ayer Keroh di sini, pada Ahad.

Kira-kira 1,600 peserta meliputi majikan, pekerja, pelajar sekolah rendah dan menengah hadir pada program itu.

Zainal Rahim berkata sektor perkilangan merupakan penyumbang terbesar kepada bilangan kes penyakit dan bahaya pekerjaan sepanjang 2012 dengan 933 kes.

Beliau berkata ini diikuti sektor perkhidmatan awam sebanyak 153 kes dan sektor kemudahan sebanyak 104 kes.

Justeru, katanya majikan dalam pelbagai sektor dan industri di negara ini perlu meningkatkan lagi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selamat untuk pekerja.

"Kepesatan pembangunan globalisasi dan perkembangan teknologi semasa telah banyak merubah corak pekerjaan apabila aktiviti pekerjaan yang dahulu banyak secara manual kini diganti dengan penggunaan mesin yang maju dan terkini," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain