Turunkan Harga Minyak Satu Pembohongan Besar Anwar Ibrahim - Ismail Sabri - Semasa | mStar

Turunkan Harga Minyak Satu Pembohongan Besar Anwar Ibrahim - Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

BERA: Janji kononnya harga minyak akan diturunkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini, merupakan satu pembohongan besar pihak pembangkang bagi menarik sokongan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa menjaja cerita itu dalam siri ceramahnya, hanya bertujuan memancing undi semata-mata.

"Jika harga minyak diturunkan 20 sen seliter, kerajaan akan menanggung bebanan berjumlah RM4 bilion setahun, apa yang dijaja Anwar, hanyalah janji bohong semata-mata," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Beliau berkata Anwar dilihat bertindak menabur segala janji bagi mendapatkan sokongan rakyat untuk mencapai cita-citanya ke Putrajaya.

Anwar pada ceramahnya di Simpang Sebertak, dekat sini dua hari lepas menaburkan pelbagai janji termasuk menurunkan harga minyak bagi menarik sokongan rakyat di kawasan berkenaan.

"Rakyat jangan mudah terperangkap dengan pembohongan pembangkang kerana apabila hajat mereka tercapai, segala yang dijanjikan hancur dan hilang semuanya dan yang menderita adalah rakyat," kata Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi kawasan Parlimen Bera.

Mengulas mengenai tuduhan calon PKR di Parlimen Bera, Zakaria Abdul Hamid, kononnya kerajaan tidak melakukan sesuatu bagi menangani bekalan air dan meningkatkan kemudahan infrastruktur, Ismail Sabri berkata calon PKR itu bercakap tanpa fakta yang benar.

"Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM18 juta sebelum ini bagi kerja-kerja menaik taraf jalan antara simpang Triang Satu ke Tembangau, sebanyak RM10 juta lagi untuk kerja-kerja menaik taraf jalan dari Kerayong ke Simpang Sebertak dan RM10 juta lagi untuk kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Simpang Pos Iskandar Orang Asli ke jalan Ladang Bera Kemayan," katanya.

Beliau berkata kerja kerja menaik taraf jalan itu dijangka siap akhir tahun ini.

Mengenai masalah bekalan air, Ismail Sabri berkata kerja-kerja menukar batang batang paip lama di parlimen itu sedang dijalankan kontraktor membabitkan peruntukan lebih RM50 juta.

"Semua tuduhan Zakaria itu tidak benar sama sekali kerana kerajaan dari masa ke semasa melaksanakan pembangunan di daerah ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain