suria

Mustafa Akan Terangkan Dakwaan Video Seks Dalam Ceramah Pada 3 Mei

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata akan memberi penerangan mengenai dakwaan beliau terlibat dalam video seks yang dikaitkan dengan beliau dalam satu ceramah di Rusila, Marang, pada Jumaat minggu hadapan.

"Saya tidak akan mengulas mengenia isu itu sekarang kerana saya akan bercakap mengenainya di satu ceramah," kata Mustafa pada sidang media di sini, Sabtu.

"Jika anda mahu, anda booeh datang dan mendengar apa yang akan saya perkatakan mengenainya," katanya kepada pemberita.

Beliau turut enggan memberikan membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut.

Bagaimanapun Mustafa berkata beliau akan mempertahankan dirinya dalam saman fitnah terhadapnya yang difailkan oleh Umno pada 23 April.

Saman fitnah itu difailkan terhadap Mustafa berhubung dakwaannya yang mengaitkan Umno terlibat dengan penyebaran video lucah di laman sesawang.

Sementara itu, Mustafa berkata PAS menarik diri daripada pertembungan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Damansara yang dipertahankan oleh Presiden Parti Sosialis Malaysia, Mohd Nasir Hashim yang bertanding di bawah lambang PKR.

Artikel Sebelum

Artikel Lain