Diugut Ketika Buat Rondaan, Pegawai SPR Buat Laporan Polis - Semasa | mStar

Diugut Ketika Buat Rondaan, Pegawai SPR Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis setelah diugut seorang lelaki ketika beliau membuat rondaan dan pemantauan di Kubang Semang, Pulau Pinang, Jumaat.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejadian berlaku ketika pegawai itu dan dua rakannya yang menaiki kereta jenis Pajero berhenti di hadapan Bilik Gerakan di kawasan itu.

"Lelaki itu secara tiba-tiba membuka pintu kereta itu dan menumbuk cermin sebelum memberi isyarat telunjuk jari sambil berkata 'hang balik, nanti aku akan pukul hang'," katanya kepada pemberita dalam taklimat media PRU13 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Sabtu.

Ramli berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaaan kerana ugutan jenayah.

Beliau juga memberitahu terdapat tiga lagi kes yang mencemarkan kempen pilihan raya semalam iaitu kebakaran Bilik Gerakan di Rawang Jaya, Selangor, menconteng papan iklan yang mencemarkan imej polis di Kulaijaya, Johor dan ugutan jenayah di Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Ramli berkata sebanyak 1,897 aktiviti sepanjang kempen PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu 875 ceramah, perjumpaan dan mesyuarat (222), kunjungan rumah ke rumah (88), kempen (264) dan lain-lain sebanyak (473).

Jumlah laporan polis yang terkumpul setakat semalam ialah 248 manakala 48 tangkapan dibuat dengan Pulau Pinang mencatat tangkapan terbanyak iaitu 16 tangkapan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain