suria

Calon PKR Penampang Dakwa Dirinya Antara Dalang Serangan Di Lahad Datu

Darell Leiking
Darell Leiking
Darell Leiking

PENAMPANG: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil mendakwa beliau akan disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin pembangkang yang dikaitkan menjadi dalang dalam pencerobohan kumpulan militan Sulu ke Sabah.

Darell berkata, beliau membuat kesimpulan itu kerana dirinya bersama dengan dua pemimpin PKR iaitu R.Sivarasa dan Tian Chua mengadakan lawatan ke Manila sebelum pencerobohan pada Februari itu.

Beliau berkata lawatan itu tiada kena mengena dengan kumpulan militan Sulu tetapi mereka ke sana untuk mendapatkan maklumat mengenai Manuel Amalilio yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan bernilai RM1 bilion dan kini dipenjara dua tahun di Sabah kerana memiliki pasport Filipina palsu.

"Kami mengutuk pencerobohan Sulu dan berharap tiada siapa memutarbelitkan fakta untuk memburukkan kami," kat Darell.

Darell menggesa pihak berkuasa untuk mengumumkan nama ketiga-tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang insiden tersebut supaya mereka boleh membela diri di mahkamah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu dua pemimpin pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan militan Sulu berasal dari Semenanjung Malaysia dan seorang lagi dari Sabah.

Darell berkata pihak berkuasa sentiasa memutarbelitkan berita mengenai serangan Sulu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain