Bilik Stor Tempatkan Fail Kes, Bahan Bukti Terbakar - Semasa | mStar

Bilik Stor Tempatkan Fail Kes, Bahan Bukti Terbakar

KOTA KINABALU: Sebuah bilik stor yang menempatkan fail kes dan bahan bukti di balai polis daerah Keningau dekat sini terbakar dipercayai akibat lintar pintas.

Bagaimanapun kebanyakan fail berjaya diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas ketika kebakaran berlaku pada petang Jumaat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Jani Jaya berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.20 petang dan kebakaran berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.

"Kita tidak boleh segera masuk dan memadamkan api kerana kita perlu menunggu Letrik Sabah untuk mematikan kuasa utama bagi tujuan keselamatan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jani, kebakaran itu mungkin berpunca daripada litar pintar.

"Pasukan forensik berada di sini pada Jumaat dan Sabtu. Kami berharap dapat mendapat laporan mengenai jumlah kerosakan dan punca kebakaran secepat mungkin," katanya.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Robert Salisip berkata, mereka masih tidak pasti berapa banyak fail yang musnah walaupun beberapa anggotanya berjaya menyelamatkan hampir kesemua fail tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Manchester United pecat Mourinho!