Pengeluaran Kad Pengenalan Laut Di Pantai Timur Sabah Dihentikan - Pengarah Esscom - Semasa | mStar

Pengeluaran Kad Pengenalan Laut Di Pantai Timur Sabah Dihentikan - Pengarah Esscom

LAHAD DATU: Pengeluaran Kad Pengenalan Laut (SIC) telah dihentikan bagi pelaut dari Selatan Filipina susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Pantai Timur Sabah pada Februari lepas.

Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata pemansuhan itu berkuat kuasa 15 April lepas setelah didapati SIC sering disalah guna untuk kegiatan penyeludupan seperti dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia.

"Pemansuhan ini dilihat dapat mengurangkan kemasukan bot-bot dalam aktiviti perdagangan tukar barang atau barter trade di perairan Sabah, sekali gus mengekang kegiatan penyeludupan dan meningkatkan kawalan keselamatan sempadan laut Malaysia.

"Sepanjang tahun lepas, sebanyak 102 bot masuk ke Sandakan, yang mana satu bot sahaja mempunyai dokumen perjalanan sah. "Di Filipina, aktiviti barter tidak diiktiraf menyebabkan rakyatnya keluar dan masuk ke negara ini untuk menjalani aktiviti ekonomi itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis. Mohammad berkata pemberian SIC kepada pelaut warga Filipina sebelum ini adalah bagi kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti perdagangan di negara ini dalam tempoh tujuh hari dan hanya dibenarkan berada di sekitar kawasan pelabuhan.

Sementara itu, beliau berkata pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu, masing-masing telah dibuka di Lahad Datu dan Kudat sejak 2 April lepas dalam usaha menangani masalah kemasukan secara haram warga asing ke Sabah.

ICQS itu buat masa ini beroperasi dari kabin sementara dan bagi melengkapi operasi pihak berkuasa di pintu masuk sedia ada di Tawau, Sandakan dan Semporna, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Perang Speaker' PAS - BN Gagal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain