Jangan Ulangi Kesilapan 1999 - Idris Jusoh - Semasa | mStar

Jangan Ulangi Kesilapan 1999 - Idris Jusoh

BESUT: Calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mengulangi kesilapan pada tahun 1999 yang menyaksikan negeri ini jatuh ke tangan PAS.

Beliau berkata ini kerana selepas memenangi pilihan raya umum ke-11 (PRU11) PAS telah melakukan pelbagai kemungkaran, penganiayaan dan bersikap tamak sehingga 2004.

"Tidakkah rakyat Terengganu ingat di mana pemimpin PAS berebut-rebut kawasan balak termasuk menerokai tanah kosong untuk ahli-ahlinya serta tidak mengotakan janji yang telah dibuat mereka," katanya semasa berucap pada lebih 150 penduduk Perumahan Taman Teratur di sini Jumaat.

Idris yang juga bekas menteri besar berkata sejarah itu pasti akan berulang jika kuasa pemerintahan diberikan lagi kepada PAS kerana perjuangan mereka bukan untuk membangunkan Terengganu tetapi untuk membolot segala kemewahan yang ada di Terengganu.

"Sebab itulah ketika berceramah, calon-calon pembangkang tidak pernah memberitahu tentang rancangan masa depan mereka tetapi asyik menuduh calon-calon Barisan Nasional dengan tomahan dan fitnah yang tidak benar bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada pemerintah," katanya.

Idris yang juga Pengerusi Mara berkata kerajaan mempunyai banyak rancangan pembangunan untuk dilaksanakan sekiranya terus diberi mandat pada PRU13. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kain Rentang BN Di Bayan Baru Dikoyak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain