96 Anggota, Pegawai TLDM Undi Pos Atas Kapal - Semasa | mStar

96 Anggota, Pegawai TLDM Undi Pos Atas Kapal

TUNAI TANGGUNGJAWAB … Sebahagian daripada 96 anak-anak kapal KD Terengganu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di atas kapal KD Terengganu dekat perairan Felda Sahabat Lautan Sulu di Lahad Datu pada Jumaat. -Foto BERNAMA
TUNAI TANGGUNGJAWAB … Sebahagian daripada 96 anak-anak kapal KD Terengganu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menunaikan tanggungjawab membuang undi bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di atas kapal KD Terengganu dekat perairan Felda Sahabat Lautan Sulu di Lahad Datu pada Jumaat. -Foto BERNAMA

LAHAD DATU: Seramai 96 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di perairan negara dekat sini mengundi secara pos bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Jumaat.

Anak kapal KD Terengganu, yang menjalankan tugas rondaan dan mengawal perairan pantai timur Sabah sejak awal bulan lepas, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun dalam kesibukan bertugas memastikan keselamatan perairan negara daripada diancam anasir luar.

Proses mengundi dijalankan tiga pegawai dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen Kementerian Pertahanan yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Pegawai yang Bertanggungjawab (PYB) undi pos ATM bagi Operasi Daulat Mejar Muhammad Jilli Asyraf, Pegawai Waran 2 Ayub Abu Bakar (Kerani Undi Pos) dan Sjn P. Thinagaran (Kerani undi Pos).

Pegawai Memerintah KD Terengganu Komander Shaiful Mayudin ketika ditemui pemberita di atas kapal itu, berkata anggota TLDM tidak terkecuali dalam menunaikan tanggungjawab menentukan masa depan negara melalui undi masing-masing.

"Walaupun kami berada di lautan, kami tetap menjalankan kewajipan untuk mengundi.

"Saya dan anak kapal akan terus menjaga kedaulatan perairan negara termasuk pada pilihan raya umum 5 Mei ini," katanya.

Timbalan Pegawai Navigasi Lt Ahmad Faisal Abd Aziz, 25, berkata beliau teruja dengan pengalaman pertama kali mengundi di atas kapal.

"Ini juga pengalaman pertama saya mengundi sebagai rakyat Malaysia. Saya gembira sebab dapat jalankan tanggungjawab dan dalam masa yang sama bertugas di perairan," katanya.

Berlainan pula dengan Pegawai Waran 2 Hamdan Hamid, 40, yang tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi sejak menyertai TLDM kira-kira 21 tahun lepas.

"Saya bangga dapat peluang mengundi di atas kapal sambil menjalankan tugas. Namun saya berasa sebak memandangkan ini pengalaman terakhir saya mengundi sebagai anggota TLDM kerana akan menamatkan perkhidmatan tahun depan," katanya.

Beliau turut berpesan kepada rakan-rakan ATM lain untuk mengundi walaupun ketika bertugas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain