suria

Sumbangan Pembinaan Sekolah Chong Hwa Akan Diberi Pengecualian Cukai

KUANTAN: Derma kepada Sekolah Chong Hwa di sini akan diberi pengecualian cukai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata kerajaan sedar pendidikan sangat dekat dengan hati komuniti Cina.

"Masyarakat Cina sangat menitikberatkan pendidikan dan mereka menyumbang dengan murah hati kepada bidang pendidikan.

"Malam ini saya mahu mengumumkan bahawa sumbangan bagi sekolah ini akan diberi pengecualian cukai," katanya pada majlis yang dihoskan oleh masyarakat Cina di Kuantan pada malam Khamis.

Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan butiran lanjut mengenai pengecualian berkenaan.

Najib turut menyeru komuniti Cina supaya terus memberikan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional yang mempunyai hubungan yang sangat baik dengan negara China.

Beliau berkata pelancaran Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) bukti hubungan dua hala yang baik antara kedu-dua negara.

Dalam ucapannya, Najib berkata

Dalam ucapan dia, Najib turut menyatakan penghargaannya kepada masyarakat Cina.

"Sifat rajin orang Cina dan pemikiran mereka yang pakar dalam bidang perniagaan telah banyak menyumbang kepada tahap pembangunan negara.

"Secara peribadi , saya amat mengagumi kebudayaan Cina," katanya.

Artikel Lain