suria

Pakatan Nafi Penglibatan Dalam Serangan Ceramah BN

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Pakatan Rakyat menjadi dalang dalam insiden serangan di pusat operasi Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak terkejut mereka akan menyalahkan kami. Sebenarnya, semua adalah salah Anwar," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya suspek yang bertanggungjawab adalah ahli Pakatan, mereka tidak akan mempertahankan individu terbabit.

"Kami menggesa polis untuk menjalankan siasatan segera dan menyeluruh.

"Kami menyokong polis dan mahu mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Khamis.

Satu letupan kecil berlaku ketika kempen BN di Nibong Tebal, malam Selasa.

Dalam insiden itu, seorang pengawal keselamatan parti itu mengalami kecederaan ringan.

Sementara itu, pusat operasi BN di Sekinchan turut dilempar dengan molotov cocktail pada malam sama.

Artikel Lain