Anwar Tidak Boleh Jadi PM Walaupun Pakatan Menang PRU-13 - Semasa | mStar

Anwar Tidak Boleh Jadi PM Walaupun Pakatan Menang PRU-13

MUAR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri walaupun Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan pemimpin PAS memberitahu secara terbuka bahawa mereka mahu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengisi jawatan tersebut.

Menurut Muhyiddin, kedua-dua parti itu berbalah mengenai pembahagian kerusi termasuk di Panti, Kota Tinggi, di mana kedua-duanya menamakan calon masing-masing.

"Ramai pemimpin PAS menyuarakan secara terbuka bahawa mereka mahu Hadi menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang dan mengambil alih Putrajaya.

"Akan berlaku perbalahan berpanjangan di antara kedua-dua parti, mungkin lebih daripada setahun, sebelum mereka memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya selepas merasmikan bangunan baru SJKC Aik Ming pada Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain