suria

Sabah Masih Simpanan Tetap BN - Najib

TENOM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meneruskan lawatan pada hari kedua ke beberapa daerah di negeri ini berkata Sabah masih menjadi simpanan tetap Barisan Nasional (BN).

Najib yang juga Pengerusi BN telah melawat Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis dan Bongawan pada Selasa.

Cuaca buruk menghalang beliau daripada terbang ke Kota Belud tetapi perkembangan teknologi menyelamatkan keadaan.

Beliau bercakap melalui telefon dengan calon BN Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan dan mesejnya disampaikan untuk faedah 10,000 orang yang menantinya di sana.

"Sabah tetap simpanan tetap BN. Anggota gabungan menerima sokongan menggalakkan termasuk daripada rakyat di kawasan pedalaman.

Najib berkata kerajaan BN masih berupaya dan kukub untuk terus kuat dan mampu untuk terus memajukan Sabah bagi mengimbangi pembangunan antara negeri ini dan semenanjung.

"Sabah tetap simpanan tetap BN, kalau kita simpan simpanan tetap (wang) dalam bank sekali sekala kita kena tengok juga.

"Semalam (Selasa), saya pergi banyak tempat di Kuala Penyu, Beaufort, Kimanis Bongawan dan saya tak dapat sampai ke Kota Belud tetapi saya diberitahu 10,000 orang menanti saya di Kota Belud.

"Hari ini (Rabu) saya di Tenom dan saya diberitahu simpanan tetap kita masih kukuh," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di padang pekan Tenom di sini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan calon BN Parlimen Tenom Datuk Raimee Unggi, calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap Datuk Radin Malleh dan Senator Dr Lucas Umbul. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain