suria

PSM Perjelas Pendirian Tanding Di DUN Jelapang

IPOH: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menjelaskan sebab mereka kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang kerana mereka lebih mengetahui isu rakyat setempat.

"PSM Jelapang berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat melalui kuasa rakyat. PSM percaya bahawa tibanya masa untuk rakyat di DUN Jelapang diwakili oleh seorang wakil rakyat yang dapat membawa suara rakyat tempatan secara berkesan," kata Timbalan Pengerusi PSM, M. Sarasvathy.

Beliau akan menentang calon Barisan Nasional, S. Mokan dan calon DAP, Teh Hock Ke. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain