suria

PM Nasihat Rakyat Keluar Mengundi 5 Mei Ini

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan rakyat untuk keluar mengundi pada hari pengundian 5 Mei ini bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Perdana Menteri turut mengajak rakyat supaya mengikuti perjalanan kempen beliau bertemu rakyat di seluruh negara bagi berkongsi perancangan Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing.

"Saya telah mula berkongsi perjalanan kempen di blog saya," katanya dalam laman Facebook beliau pada Rabu.

Dalam entri terbaru blog beliau, Najib berkata pada hari pertama kempen PRU-13, beliau telah memulakan kempen selepas menyerahkan borang penamaan calon di Dewan Sultan Ahmad Shah, Pekan di Pahang.

"Saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pekan. Semoga BN terus diberi mandat pada PRU13 nanti," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain