Michelle Yeoh Pertahan Keputusan Sokong PM - Semasa | mStar

Michelle Yeoh Pertahan Keputusan Sokong PM

Michelle Yeoh bersalaman dengan Najib pada majlis makan malam di Klang.
Michelle Yeoh bersalaman dengan Najib pada majlis makan malam di Klang.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Michelle Yeoh mempertahankan keputusannya menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka.

Beliau berkata, sesiapa saja bebas memberikan pandangan mereka di Malaysia.

"Ini adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan kita bebas untuk menyuarakan pendapat.

"Saya percaya semua kita mahu melakukan yang terbaik untuk negara.

"Saya percaya mereka mahu melakukan perkara sama," kata pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu kepada Channel News Asia bagi mengulas segelintir pihak yang mengkiritik keputusannya itu.

Temu bual itu disiarkan oleh China Press.

Yeoh secara terbuka menyuarakan sokongan terhadap Perdana Menteri pada satu pertemuan yang dianjurkan oleh Persekutuan Keturunan Cina Selangor pada Sabtu lalu.

"Kita memiliki pemimpin di sini yang melakukan pelbagai perkara baik dan akan melakukan lebih banyak lagi.

"Saya berharap beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri dan saya meminta anda semua untuk terus memberikan mandat kepada beliau," katanya kepada para hadirin yang hadir pada majlis tersebut.

Yeoh menghadiri majlis makan malan di Westport, Pelabuhan Klang walaupun pembuli siber menyerang beliau di laman sosial Facebook sebelum majlis tersebut.

Seorang pengguna Internet berkata, Yeoh kini tidak lagi menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Seorang lagi pengguna Internet bertanya kepada Yeoh sama ada beliau 'mengetahui bagaimana cara hidup rakan senegaranya itu' sebelum meminta pelakon berusia 49 tahun itu mempertimbangkan keputusannya dan ' tidak menjadi pengkhianat'.

Bagaimanapun, beberapa pengguna Internet lain termasuk bapanya, Datuk Yeoh Kian Tiek mempertahankan keputusan Yeoh dan mengingatkan mereka bahawa beliau mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti politik.

Kian Tiek berkata orang ramai harus lebih memahami kerana anak perempuannya mempunyai kebebasan untuk memilih apa jua majlis makan malam atau acara yang ingin dihadirinya.

"Itu keputusan beliau dan anda harus menghormatinya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Misi Seorang Ahli Politik Veteran...

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain