PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu diberitahu, lelaki yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyerah diri sebaik saja ditembak.Koperal Ridzuan Megat Ahmad, 32, berkata, dia mengarahkan Khalil Afendi Abd Hamid dan pasangannya Muhdalena Ahmad sebanyak tiga kali untuk meletakkan samurai tetapi terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri apabila mereka menahannya. Menurut Ridzuan, lelaki tersebut mengugut untuk membunuhnya apabila dia mengarahkan mereka supaya menyerah diri."Selepas mereka ditembak, kedua-dua mereka cedera, duduk dan lelaki tersebut berkata 'saya menyerah diri'. Tertuduh (Muhdalena) tidak berkata apa-apa," katanya kepada mahkamah.Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh bagaimana dia tahu mereka cedera, Ridzuan berkata, dia melihat darah yang banyak walaupun mereka memakai pakaian gelap.Muhdalena, 28, dan Khalil Afendi, 47, dilaporkan mengamuk sambil melibas pedang samurai dan ditembak.Khalil terbunuh selepas terkena tembakan di bahagian ari-ari kini dan tangan kiri.