Bahaya Calon Pembangkang Berfahaman Komunis - Mufti Perlis - Semasa | mStar

Bahaya Calon Pembangkang Berfahaman Komunis - Mufti Perlis

Dr Juanda
Dr Juanda

PAGOH: Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon tangkap muat sehingga terdapat sebilangannya mengagungkan revolusi komunis dalam perjuangan mereka adalah satu perkara berbahaya yang perlu diberi perhatian serius.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, ini kerana fahaman komunis adalah bertentangan dengan Islam kerana tidak percayakan Tuhan dan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan golongan ini dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Ada satu pihak bertempik marah berebut kerusi, antara sebab kerana dalam geng dia (pembangkang) ada calon-calon dari kalangan mereka bawa bendera Stalin dan Lenin (Joseph Stalin dan Vladamir Lenin, pejuang revolusi komunis di Rusia).

"Terkejut kita bila geng-geng serban bawa calon parti komunis. Takkan kita nak ikut orang yang macam ini. Ini soal akidah, babitkan (ideologi) komunis yang tidak beriman kepada tuhan. Ini benda besar bukan kecil.

“Tiba-tiba mereka yang kononnya memperjuangkan akidah boleh benarkan geng seperti ini masuk dalam kumpulan mereka," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di Sungai Terap, dekat sini, malam Selasa.

Sabtu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, di Marang, Terengganu mendedahkan sebab PAS bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi PKR kerana pihaknya tidak boleh menerima calon-calon itu.

Abdul Hadi berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat calon-calon itu yang menjalankan kerja haram dengan menjual pil kuda selain mengagungkan Stalin dan Lenin serta turut memuja Karl Marx , pejuang revolusi komunis dari Jerman.

Untuk itu kata Abdul Hadi, PAS meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi calon-calon PKR itu bertujuan menyelamatkan parti tersebut dan pakatan pembangkang daripada anasir 'syaitan'.

Juanda berkata, apabila calon-calon yang mempunyai fahaman bertentangan dipilih untuk bertanding dalam PRU-13, ia satu perkara boleh membawa bencana dan kehancuran kepada negara terutama umat Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau membidas pihak tertentu yang mendakwa berjuang untuk Islam tetapi apabila diberi peluang memerintah tidak melaksanakan tuntutan agama suci itu sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak Islamik.

Katanya, kerajaan melaksana pelbagai hukum, syariat dan tuntutan dalam Islam antaranya membangunkan ekonomi umatnya dengan mewujudkan perbankan dan muamalat Islam untuk menentang amalan riba.

"Adakah soal ekonomi Islam bukan pelaksanaan sebahagian hukum Islam? Takkan kita nak pergi haji dengan duit riba? Jadi bila kita sebut soal ekonomi, ini bukan perkara yang kecil, ini soal halal haram babitkan darah daging kita. Apakah ini bukan termasuk dalam menegakkan hukum Islam," soalnya.

Juanda berkata, hukum Islam itu luas mencakupi semua bidang seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan pekerjaan dan ia tidak perlu disempitkan dengan menyatakan hukum Islam berkaitan hudud sahaja sedangkan ia hanya sebahagian daripada agama tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain