suria

Tolak Semua Calon Bebas PRU-13 - Kit Siang

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

IPOH: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang menggesa pengundi menolak semua calon bebas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata PRU13 seharusnya menjadi pertarungan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).

"Tidak kira sama ada mereka (calon bebas) anggota PR atau BN, tidak ada ruang dalam pertarungan untuk perubahan ini bagi pilihan ketiga kerana ia hanya mengganggu kemungkinan berlaku perubahan politik.

"Pada masa lampau, sejarah menunjukkan bahawa calon bebas tidak memberi sebarang impak di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melakukan 'walkabout' di Pasir Pinji di sini, Selasa . Semalam, anggota DAP Sim Tong Him menarik diri dari bertanding sebagai calon bebas di DUN Kota laksamana dan akan menyokong penuh Lai Keun Ban, calon yang dikemukakan oleh parti itu.

Bagaimanapun, Sim tetap akan bertanding untuk mempertahankan kerusi parlimen Kota Melaka atas tiket DAP.

Lim menggesa anggota DAP yang bertanding sebagai calon bebas agar menarik diri dan terus menyokong parti itu.

"Pada masa lalu, kita ada anggota DAP bertanding sebagai calon bebas tetapi mereka tidak membawa sebarang impak...mereka telah meninggalkan politik sekarang," kata beliau.

Beberapa orang anggota DAP seperti Jenice Lee dan Ng Lam Hua menyertai PRU13 sebagai calon bebas.

Lee dan Ng masing-masing mempertahankan kerusi negeri di Teratai (Selangor) dan Mengkibol (Johor).

Pengerusi Jawatakuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai berkata anggota DAP yang bertanding bebas terpecat secara automatik. -BERNAMA

Artikel Lain