suria

PAS Kedah Hanya Layak Gred E - Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) ketika pelancaran Tapak Mini Stadium Sekolah Menengah Songlang, Alor Biak Parlimen Jerlun di Jerlun pada Selasa. Turut kelihatan Pengerusi Barisan Nasional Kedah (BN) yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata, Datuk Bashah Md Hanipah (kiri), calon BN Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz (kiri), calon BN DUN N04 Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir (dua, kiri) dan calon BN DUN Kota Seputih, Datuk Abu Hassan Sharif (dua, kanan).-Foto BERNAMA

JITRA: Rakyat perlu menjadikan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini sebagai platform terbaik bagi mengembalikan Kedah kepada Barisan Nasional (BN) ekoran kelemahan kerajaan pimpinan PAS Kedah menguruskan negeri ini dalam tempoh lima tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan kad laporan pencapaian negeri Kedah, kerajaan negeri hanya layak menerima gred 'E' kerana gagal membawa pembangunan kepada rakyat Kedah.

"Kita sudah lihat mereka tidak berupaya membangunkan Kedah kerana mereka bentuk kerajaan yang lemah.

"Berdasarkan kad laporan prestasi mereka, pencapaiannya tidak memberangsangkan. Mereka hanya layak dapat gred E tolak... maksudnya mereka sudah gagal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perletakan Batu Asas Cadangan Pembinaan Pusat Sukan Parlimen Jerlun di sini, Selasa.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Mahathir.

Selain itu menurut Muhyiddin, pilihan raya merupakan proses demokrasi bagi memilih sebuah kerajaan yang diyakini boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Justeru katanya, rakyat perlu membuat penilaian yang sewajarnya berhubung prestasi sebenar kerajaan pimpinan PAS di Kedah dalam tempoh lima tahun yang lalu.

"Ini bukan perkara remeh kerana membentuk kerajaan merupakan perkara serius kerana kita nak memilih parti yang kita percaya mampu memikul amanah dan tanggungjawab menyempurnakan segala hajat rakyat untuk maju dan berjaya.

"Jadi anda adalah penilai yang boleh membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan PAS di Kedah selama ini, nilailah sama ada rakyat fikir bahawa PAS berupaya, mampu, sehat, tegap dan boleh berdiri melaksanakan amanah serta menunaikan janji ataupun sebaliknya.

"Tapi kalau kita lihat dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini mereka tak mampu laksanakan tugas dan tanggungjawab, maka inilah waktu untuk buat keputusan memilih calon yang diletakkan BN untuk menang membentuk kerajaan di peringkat negeri dan Pusat," katanya.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, tempoh lima tahun akan datang sangat penting bagi menentukan hala tuju negara terutama dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020 agar Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

Katanya, dalam tempoh persediaan sebelum matlamat itu boleh dicapai, kerajaan pimpinan BN berusaha untuk memastikan lebih banyak peluang ekonomi diwujudkan.

"Lima tahun ini bukan tempoh yang mudah, kerana kalau nak maju dan berjaya, kita mesti pastikan lebih banyak peluang ekonomi, peluang pekerjaan dan pelbagai kemudahan dapat disediakan," katanya.

Artikel Lain