suria

Jurukamera Sambilan RTM Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Selepas Diserang Penyokong Parti

KOTA BHARU: Jurukamera sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini lewat malam Isnin.

Insiden berkenaan berlaku ketika mangsa yang telah berkhidmat dengan RTM selama 25 tahun baru sahaja pulang daripada tugasan di Gua Musang, kata Penyelaras Jentera Pilihan Rya BN Kelantan, Datuk Hassan Harun pada Selasa.

Difahamkan berlaku pertengkaran antara penyokong parti politik dengan mangsa yang akhirnya menyebabkan dia ditumbuk dihadapan rumahnya.

Selepas kejadian itu, beliau mengalami serangan jantung dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Allahyarham sebelum ini telah disahkan menghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian Mohamed dikatakan membuat liputan program calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Abdul Aziz Yusoff.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan daripada pihak polis.

Jenazah Allahyarham dibedah siasat di hospital itu sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk urusan pengebumian. Wan Thahirah berkata beliau membuat laporan polis mengenai kejadian itu pada 3 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

Mengakui suaminya memang mempunyai penyakit jantung, beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian pergaduhan itu dan berharap polis menjalankan siasatan rapi.

Polis setakat ini belum membuat kenyataan berhubung insiden itu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan di sini tengah hari Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak.

Artikel Lain