suria

Perang Psikologi BN dan PR di Akhbar

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah memulakan kempen mereka dengan melancarkan perang psikologi dengan membeli iklan di akhbar-akhbar utama untuk memenangi hati dan minda pengundi.
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah memulakan kempen mereka dengan melancarkan perang psikologi dengan membeli iklan di akhbar-akhbar utama untuk memenangi hati dan minda pengundi.
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah memulakan kempen mereka dengan melancarkan perang psikologi dengan membeli iklan di akhbar-akhbar utama untuk memenangi hati dan minda pengundi.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah memulakan kempen masing-masing dengan melancarkan perang psikologi untuk memenangi minda dan hati pengundi mereka.

Disebalik kata-kata menyerang peribadi lawan di ceramah dan media kedua-dua parti mula melancarkan 'perang iklan' masing-masing di dada-dada akhbar utama.

Kehangatan kempen mereka jelas terasa dengan pelbagai kaedah digunakan untuk memenagi hati 13.3 juta pengundi yang bakal membuat pilihan mereka 5 Mei ini.

Iklan berbayar oleh BN dan PR turut terpampang di dada akhbar utama berbahasa Malaysia, Inggeris, Cina dan Tamil pada Ahad.

MCA mendapat lima muka surat penuh iklan berwarna dalam The Star, China Press an Sin Chew Daily dengan tema: 'Inilah Masanya Ubah Pakatan Rakyat?'

Satu daripada iklan yang dimainkan memberi gambaran maksud ubah dengan, ‘U’ untuk ‘unstested’ (belum diuji) dan ‘unproven’ (belum terbukti), ‘B’ untuk bankrap dalam tempoh dua tahun, ‘A’ untuk ‘avioding the PM question (tidak menjawab soalan siapa PM) dan ‘H’ untuk ‘hoodwink manifesto’ (manifesto memperdayakan rakyat) .

The DAP, in particular, was not spared. “Who says DAP is good for you?” was among the potshots in the advertisement. Sementara itu PR pula menggunakan perang psikologi dengan membeli iklan di akhbar Cina.

Dalam iklan di akhbar China Press menggambarkan iklan seorang bayi dipegang oleh maskot Ubah DAP, seekor burung enggang.

Ia membawa maksud ibu bapa perubahan kerajaan merupakan hadiah terbaik kepada anak-anak mereka demi menjamin masa depan yang lebih baik.

Di akhbar tamil keadaan hampir serupa dengan berlaku.

Makkal Osai yang memaparkan iklan PR yang kejayaan merekamemenuhi aspirasi komuniti India.

Bukan itu sahaja akhbar berkenaan turut memaparkan iklan pro-BN oleh Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), yang menjelaskan mengenai tujuan BN menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Hindraf minggu lalu.

Portal online turut digunakan oleh kedua-dua parti BN dan PR dalam usaha mereka untuk memenangi hati pengundi atas talian.

Sebuah portal pro-BN memaparkan iklan. ‘Nambikei (Yakinlah) Dengan Janji Yang Ditepati, yang merupakan manifesto yang direka khas untuk menarik pengundi komuniti India. Sementara itu, BN mendapat momentum mereka dengan Datuk Seri Najib Tun Razak mula memberi fokus sepenuh masa kepada kempen pilihan raya.

Pengerusi BN itu mengecam tindakan PR yang gagal menyelesaikan isu pemilihan calon, serta pertindihan kerusi yang akhirnya menyebabkan berlakunya pertandingan antara calon PAS dan PKR di beberapa kerusi. “Pakatan pembangkang akan tumbang sekiranya ini cara mereka mentadbir parti komponen mereka, cuba anda bayangkan apa akan berlaku jika mereka mentadbir negara. Ia sudah pasti akan hancur.

“Saya menyeru rakyat menolak Pakatan sebelum mereka menghancurkan negara ini,” kata Najib ketika merasmikan projek perumahan ‘Sentuhan Kasih’ bagi kakitangan Felda di Pekan pada Ahad.

Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar tindakan pembangkang bertanding sesama sendiri di beberapa kerusi DUN, dengan mengambil contoh seperti di Sungai Acheh dan Panti. “Tidak seperti Pakatan, BN sentiasa menekankan semangat setiakawan dikalangan parti komponen,” katanya di Kluang pada Ahad.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menyelar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba bersandiwara untuk meraih undi simpati daripada pengundi.

Di ceramah di Johor Baru pad malam Sabtu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan mempertahankan kerjasama dengan PAS dan membidas kerjasama dikalangan parti komponen BN.

“Mereka kata satu undi untuk DAP adalah satu undi untuk PAS. Ini adalah benar kerana satu undi untuk DAP adalah satu untuk untuk PAS, PKR dan Pakatan Rakyat,” kata Lim sambil menambah beliau melihat pilihan raya kali ini adalah satu perlawanan antara ‘masa depan’ dan ‘sejarah’.

Artikel Lain