Penganjur Hi-Tea Bersama Anwar Minta Bayaran RM20 Daripada Hadirin - Semasa | mStar

Penganjur Hi-Tea Bersama Anwar Minta Bayaran RM20 Daripada Hadirin

SABAK BERNAM: Penganjur majlis Hi-Tea bersama penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Sabak Bernam di Parit 3, Banat, Sungai Manis di sini petang ini meminta orang ramai yang hadir membeli kupon RM20 untuk menyertai majlis itu.

Ada antara petugas itu turut merayu pihak media membeli kupon berkenaan atas alasan untuk mengutip dana bagi calon kawasan itu yang bertanding pada pilihan raya umum ke-13, pada 5 Mei ini.

Calon Parlimen Sabak Bernam Dr Abdul Aziz Bari dari PKR, turut hadir.

Sebaik majlis bermula, pihak penganjur membuat pengumuman bahawa sesiapa yang tidak membayar kupon RM20 tidak dibenarkan duduk di meja bulat serta memaklumkan kupon mereka yang hadir di situ akan disemak.

Berikutan itu tidak semua penduduk yang hadir membayar kupon, sebaliknya sanggup berdiri dan bersandar di kenderaan masing-masing.

Hanya sebahagian sahaja daripada 1,000 kerusi dan meja yang disediakan dipenuhi manakala yang lain hanya mengambil kerusi tambahan dan duduk di luar khemah.

Pihak penganjur juga didapati hanya menyediakan beberapa jenis kuih dan minuman yang nilainya dikatakan tidak setimbal harga kupon yang dibayar.

Sementara itu, Anwar dalam ucapannya mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak dan menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada bulan depan.

Beliau turut mendakwa kononnya BN Selangor sudah ketandusan modal kerana hanya mampu menciplak manifesto pakatan pembangkang berhubung pemberian air percuma di Selangor. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain