Nik Aziz Masih Berharap DAP Dapat Terima Konsep Negara Islam - Semasa | mStar

Nik Aziz Masih Berharap DAP Dapat Terima Konsep Negara Islam

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih menaruh harapan agar DAP dapat menerima konsep negara Islam ekoran kesediaan DAP sebelum ini untuk menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Dia (DAP) terima maknanya dia tidak Islamofobia," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

DAP, yang disiasat Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu, sebelum ini merancang menggunakan simbol parti Pas dan PKR tetapi akhirnya menggunakan simbol parti sendiri semasa penamaan calon Sabtu lepas.

Nik Abdul Aziz mengulas laporan akhbar pada Sabtu mengenai kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang tetap menolak dasar Islam PAS termasuk hukum hudud meskipun parti itu berhasrat bertanding menggunakan lambang PAS. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain