suria

Ketua PKR Cabang Paya Besar Dipecat

Zahari Mamat (kanan) dipecat serta merta daripada PKR.
Zahari Mamat (kanan) dipecat serta merta daripada PKR.
Zahari Mamat (kanan) dipecat serta merta daripada PKR.

KUANTAN: Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Paya Besar, Zahari Mamat dipecat berkuat kuasa serta merta daripada parti itu selepas bertanding sebagai calon Bebas.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata tidak ada keperluan untuk memaklumkan Zahari secara rasmi.

"Kami telah melantik Arman Abdul Rashid, 34, sebagai pemangku ketua cabang." katanya di sini Ahad.

Selain Zahari, bekas Naib Pengerusi PKR negeri, G.Ponusamy @ Ram mungkin turut akan dipecat.

Zahari bertanding di kerusi Parlimen Pasar Besar manakala Ponusamy menentang Fauzi di Indera Mahkota.

Kedua-dua kerusi Parlimen itu akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan calon Barisan Nasional (BN).

Fauzi berkata di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar, Timbalan Setiausaha PKR Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus akan menarik balik pencalonanannya sebagai calon Bebas.

"Secara teknikal, namanya akan kekal dalam kertas undi tetapi dia telah menyatakan sokongan penuh kepada calon PKR, Jefri Jaafar Tukemin.

"Dia mengemukakan borang pencalonan sebagai sokongan kerana sebab teknikal," katanya.

Artikel Lain