suria

Calon PKR Sg Acheh Yakin Tidak Akan Diminta Tarik Diri

Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin
Badrul Hisham Shahrin

NIBONG TEBAL: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shahrin yakin beliau tidak akan diminta menarik diri untuk memberi laluan kepada calon PAS, Ysni Mat Piah, 38, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard, 35, berkata beliau ada mendengar mengenai perbincangan yang sedang dijalankan oleh ibu pejabat PKR berhubung saingan tiga penjuru di Sungai Acheh.

"Bagaimanapun, saya akan menerima keputusan parti. Saya hanyalah ahli PKR dan saya bertanding di Sungai Acheh atas arahan parti," katanya kepada pemberita di pejabat PKR di Taman Keramat, Nibong Tebal pada Isnin.

Beliau berkata semua calon PKR telah menerima watikah pelantikan calon pada petang sebelum hari penamaan calon pada 19, April, dan tarikh kuat kuasa bermula 20 April.

Artikel Lain