suria

SUPP Lancar Slogan , Manifesto Pada Selasa

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan melancarkan slogan "Bersih dan Adil" serta manifestonya Selasa ini sebagai sebahagian dari strategi kempennya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Presiden SUPP Datuk Seri Peter Chin berkata pelancaran itu dijangka berlangsung pada sebelah pagi di ibu pejabat parti itu di Kuching.

Chin juga mengumumkan bahawa parti itu telah memecat dengan berkuatkuasa serta merta Edward Andrew Luwak yang bertanding atas tiket DAP bagi kerusi parlimen Serian menentang penyandang Datuk Richard Riot Jaem.

Chin berkata sebuah jawatankuasa terdiri daripada beberapa orang peguam akan menjalankan siasatan mengenai salah laku anggotanya dan pembangkang semasa kempen pilihan raya sekarang.

SUPP akan bertanding di tujuh kerusi parlimen iaitu Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri pada PRU-13. - BERNAMA

Artikel Lain