suria

Setiausaha Agung MIC Bertanding Di Kota Raja

KLANG: Setiausaha Agung MIC, Datuk S Murugessan akan bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dari PAS bersama-sama dua calon Bebas yang lain.

Murugessan, yang merupakan seorang peguam adalah antara yang pertama mengemukakan kertas pencalonannya iaitu pada jam 9.05 pagi manakala Dr Siti Mariah lebih kurang 25 minit kemudian.

Dua lagi calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan mereka ialah Pengerusi Parti Hak Asasi Manusia, P. Uthayakumar dan Azman Idrus.

Artikel Lain