Rusli Baba Bukan Lagi Ahli Umno - Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada Ahad menafikan bahawa calon Bebas Rusli Baba yang bertanding bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai adalah anggota Umno.

"Dia tidak lagi ahli Umno kerana telah dipecat," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas di sini, Ahad.

Raja Nong Chik, yang juga calon Barisan Nasional bagi parlimen itu, akan menghadapi pertandingan tiga penjuru menentang Rusli dan penyandang, Nurul Izzah Anwar dari Parti Keadilan Rakyat.

Ketika penamaan calon semalam, Rusli mendakwa yang beliau masih anggota Umno.

Sementara itu, Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata Rusli dipecat pada 6 April lepas kerana menyatakan hasratnya untuk bertanding di kerusi itu.

"Dia (Rusli) telah menyatakan hasrat untuk bertanding melalui pelbagai saluran (termasuk melalui media sosial), jadi kami telah menghantar surat kepada Umno untuk dia dipecat bermula 6 April tahun ini. Dia bukanlah ahli parti yang aktif," kata Mohamad Sazali yang juga Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai itu ketika dihubungi Bernama di sini.

Rusli, 54, telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas melalui akaun twitternya pada 2 Mac lalu. - BERNAMA

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain