suria

Raven Kumar Calon Termuda BN Di Johor

JOHOR BAHARU: Calon termuda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN) Johor ialah K. Raven Kumar yang berusia 31 tahun daripada MIC.

Beliau yang merupakan seorang muka baharu akan bertembung dengan calon PKR M.S. Murugan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh.

Raven Kumar merupakan anak bongsu daripada empat beradik mendiang anggota Dewan Undangan Negeri Tenggaroh Datuk S. Krishnasamy yang ditembak mati di dalam lif Ibu Pejabat MIC Johor di Jalan Segget pada 11 Januari 2008.

Calon termuda pembangkang pula adalah Anis Afida Mohd Azli, 24, daripada PAS, yang juga merupakan Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin).

Beliau akan bersemuka satu lawan satu dengan calon BN Hamimah Mansor bagi merebut kerusi DUN Penawar. Hamimah merupakan penyandang kerusi tersebut.-BERNAMA

Artikel Lain