Persaingan Sengit Di Sarawak, 82 Calon Bertanding Berbanding 67 Pada 2008 - Semasa | mStar

Persaingan Sengit Di Sarawak, 82 Calon Bertanding Berbanding 67 Pada 2008

KUALA LUMPUR: Persaingan bagi merebut 31 kerusi Parlimen di Sarawak semakin sengit dengan sejumlah 82 calon bertanding berbanding 67 orang pada pilihan raya umum 2008.

Barisan Nasional (BN) yang meletakkan calon di kesemua kerusi akan dicabar PKR, yang meletakkan 16 calon, diikuti DAP (10), Parti Reformasi negeri Sarawak (STAR) (7), Bebas (7) dan Pas (5).

Parti Pekerja Sarawak (SWP), yang diluluskan pendaftarannya April tahun lepas menyertai pertandingan buat pertama kali dengan meletakkan enam calon iaitu di Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.

Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan, adalah satu-satunya ketua parti komponen BN yang bertanding iaitu di kerusi Saratok.

Beliau dicabar calon PKR Ali Biju dan Datuk Abang Rosli Abang Paleng (Bebas). Pada 2008, calon BN Jelaing anak Mersat menang dengan majoriti 8,706 undi mengalahkan calon PKR.

Sebanyak 15 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu manakala 13 kawasan menghadapi pertandingan tiga penjuru manakala tiga kawasan menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian akan dicabar calon BN daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Hasbi Habibollah di Limbang. Antara kawasan yang dijangka menghadapi sengit ialah Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Sibu dan Miri.

Pada 2008, BN memenangi 30 kerusi Parlimen kecuali Bandar Kuching yang dimenangi oleh DAP.-BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain