suria

Kota Kinabalu Dilanda Banjir Kilat

KOTA KINABALU: Banjit kilat melanda Kota Kinabalu akibat hujan lebat tanpa henti selama enam jam pada Ahad.

Lalu lintas di beberapa kawasan seperti Sepanggar dan Tuaran dilaporkan bergerak perlahan manakala di Penampang dan Luyang, penduduk mula memindahkan barang-barang mereka ke tempat lebih tinggi kerana air mula memasuki kediaman menerusi longkang berhampiran.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Deputi Supritendan Peter Umbuas berkata, beberapa laporan diterima sejak pukul 4 petang, Ahad berhubung kesesakan lalu lintas.

"Lalu lintas di sepanjang Jalan Sepanggar dan Tuaran amat perlahan di mana kenderaan kecil sukar melalui kawasan tersebut," katany.

Beliau berkata, polis trafik telah dihantar ke kawasan terjejas untuk mengawal keadaan.

Tiada laporan kecederan diterima setakat ini, katanya.

Seorang jurucakap dari bilik operasi bomba dan penyelamat Sabah berkata, mereka menerima panggilan berhubung banjir kilat di sekitar bandar dan sentiasa memantau situasi tersebut.

Artikel Lain