Keahlian Lamsil Dalam Umno Terlucut - Semasa | mStar

Keahlian Lamsil Dalam Umno Terlucut

KOTA BELUD: Ahli Umno Lamsil Hamidsor, yang bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kota Belud terlucut keahliannya secara automatik daripada parti, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said.

Beliau berkata perlembagaan parti jelas menyediakan peruntukan kelucutan keanggotaan terhadap mana-mana ahli parti yang bertindak menentang parti, termasuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sehubungan itu, Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Belud menyeru ahli dan penyokong parti supaya memberikan sokongan kepada penyandang, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dipilih mempertahankan semula kerusi berkenaan.

Beliau berucap pada perjumpaan bersama jentera Barisan Nasional (BN) di Kampung Sembirai, di sini Ahad.

Abdul Rahman menghadapi persaingan lima penjuru dengan Isnaraissah Munirah Majilis (PR), Jalumin Bayugoh (STAR) dan Kanul Gindol (Bebas) selain Lamsil.

Salleh yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan pelbagai dakyah pembangkang.

"Kita perlu memberi kemenangan besar kepada BN bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat...kerajaan yang kuat saja mampu membawa kestabilan politik," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kejutan DAP Di Kedah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain