Kamilia Enggan Ulas, Minta Media Rujuk Laman FB - Semasa | mStar

Kamilia Enggan Ulas, Minta Media Rujuk Laman FB

IPOH: Bekas Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang menjadi 'buruan' wartawan sejak Sabtu meminta pihak media merujuk laman sosial Facebooknya untuk mendapat kenyataan terkini berhubung tindakannya bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar sebagai calon Bebas.

Percubaan Bernama untuk menghubunginya selepas penamaan calon selesai Sabtu, akhirnya dijawab dengan kenyataan ringkas pada pagi Ahad.

"I will not speak to the media. I am busy now. (Saya tak nak bercakap dengan media. Sibuk sekarang). Apa-apa boleh rujuk kepada FB saya," katanya dalam perbualan telefon selama 30 saat.

Permintaan untuk beliau mengulas tindakannya itu hanya dijawab dengan "No, no...sorry".

Tiada perkembangan terbaru dicatat setakat petang ini dalam laman sosial Kamilia yang dipecat oleh Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum kali ini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.