suria

Shahanim Kekal Sokong BN

SUNGAI PETANI: Pergolakan membabitkan Umno Sungai Petani apabila Naib Ketua Puteri Umno, Shahanim Mohd Yusoff (gambar) dikatakan bakal bertanding sebagai calon Bebas berakhir selepas beliau menyatakan pendirian terus menyokong Barisan Nasional (BN).

"Kalau sehingga esok pagi jika nama saya tak naik (sebagai calon), saya akan tetap hadir di pusat penamaan calon menyokong calon BN," katanya ringkas ketika ditemui di kediannya di sini, Jumaat.

Pendirian ringkasnya itu sekaligus menamatkan spekulasi kononnya beliau merancang strategi untuk mensabotaj parti termasuk mempertimbangkan dengan serius bertanding sebagai calon Bebas.

Sebelum ini difahamkan khabar angin Shahanim akan bertanding sebagai calon Bebas didorong oleh bantahan pengundi DUN Pantai Merdeka yang terletak dalam Parlimen Sungai Petani yang menolak calon muka baru Barisan Nasional (BN) iaitu, Ali Yahya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, BN tewas di kesemua kerusi termasuk Parlimen dan tiga DUN dalam bahagian Sungai Petani.

Artikel Lain