suria

Saingan Enam Penjuru di Machang Bubuk, P. Pinang

BUKIT MERTAJAM: Machang Bubuk akan menyaksikan saingan enam penjuru apabila enam calon hadir menyerahkan borang pencalonan masing-masing di sini, pada Sabtu.

Enam calon berkenaan ialah, daripada calon daripada parti Gerakan, Tan Lok Heah (PKR), Lee Khai Loon, Kita, 'Datuk' Dr Vicky Vikneswaran dan tiga calon Bebas Datuk Tan Hock Leong, Wan Balkis Wan Abdullah serta Ooi Suan Hoe.

Hock Leung merupakan bekas timbalan speaker DUN Pulau Pinang yang telah meletak semua jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas namanya digugurkan daripada senarai calon sementara Ooi merupakan koordinator kepada DUN Machang Bubuk.

Walaupun bertanding sebagai calon Bebas, Ooi masih merupakan ahli parti Gerakan.

Wan Balkis pula merupakan presiden bagi Harem, sebuah perutubuhan bukan kerajaan.

Artikel Lain