suria

ROS Beri Jaminan DAP Boleh Guna Lambang Sendiri

BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengesahkan yang parti itu telah menerima 'lampu hijau' daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang membenarkan mereka menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya umum kali ini.

DAP, kata Guan Eng telah menerima surat rasmi ROS pada jam 10 malam Jumaat di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

“Saya cuma berharap tidak akan berlaku pertukaran keputusan pada saat-saat akhir," katanya ketika ditemui sejurus sebelum menyerahkan borang pencalonannya sebagai calon DAP untuk Parlimen Bagan di sini pada Sabtu.

Dengan keputusan itu maka berakhirlah ketidaktentuan parti itu untuk bertanding menggunakan logo PAS atau PKR kerana khuatir calon mereka akan diisytiharkan tidak sah sekiranya bertanding menggunakan logo DAP ekoran keputusan ROS untuk tidak mengiktiraf keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.

Artikel Lain