suria

PM Serah Kertas Pencalonan Tanding di Kerusi Parlimen Pekan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergurau dengan calon PKR, Fariz Musa selepas menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Pekan.

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding kerusi Parlimen Pekan dengan diiringi ribuan penyokong Barisan Nasional (BN) pada pukul 9.08 pagi Sabtu.

Najib, yang juga Pengerusi BN, mengemukakan borang pencalonannya di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini bagi mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandangnya sejak 1976.

Najib yang berarak bersama-sama penyokong BN dari bangunan Umno Pekan, tiba di pusat penamaan calon itu pada 9.06 pagi disertai calon BN lain yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam kawasan Parlimen Pekan.

Berbaju Melayu biru, Najib memasuki dewan bersama calon BN lain dan menyerahkan borang pencalonannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.

Perdana Menteri adalah calon pertama BN yang mengemukakan kertas pencalonan tersebut diikuti calon BN lain dalam kawasan Parlimen berkenaan.

Calon BN bagi kerusi-kerusi DUN tersebut ialah Khairudin Mahmud bagi DU NPulau Manis, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (Peramu Jaya), Mohd Fakhruddin Mohd Aris (Bebar) dan Datuk Abu Bakar Harun (Chini).

Pada pilihan raya umum 2008, Najib menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khairul Anuar Ahmad Zainudin dengan majoriti 26,464 undi. Najib memperoleh 36,262 undi manakala Khairul Anuar meraih 9,798 undi. -BERNAMA

Artikel Lain