suria

PKR Umum Calon DUN Guchil Dan Paloh

KOTA BAHARU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat mengumumkan baki dua lagi calon untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dan Paloh, pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan Abdul Aziz Kadir, berkata dua calon muka baharu itu ialah Ketua Cabang PKR Kuala Krai Roslan Puteh bagi DUN Guchil dan ahli perniagaan Amran Ab Ghani bagi DUN Paloh.

Dua hari lepas, PKR mengumumkan Wan Zawawi Wan Ismail dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Machang dan Nik Mahmood Nik Hassan di Parlimen Tanah Merah)manakala tiga lagi calon bagi kerusi DUN iaitu Shahrom Ibrahim (Pengkalan Kubor), Azihan Che Seman (Nenggiri) dan Ramlan Mat (Kuala Balah).

Berikut senarai calon PKR bagi tiga kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Kelantan:-

PARLIMEN

P026. Ketereh : Abdul Aziz Abdul Kadir.

P027. Tanah Merah : Nik Mahmood Nik Hassan.

P029. Machang : Wan Zawawi Ismail(muka baharu).

DEWAN UNDANGAN NEGERI

N01. Pengkalan Kubor : Shahrom Ibrahim.

N38. Kuala Balah : Ramlan Mat(muka baharu).

N40. Guchil : Roslan Puteh (muka baharu).

N43. Nenggiri : Azihan Che Seman (muka baharu).

N44. Paloh : Amran Ab Ghani (muka baharu). -BERNAMA

Artikel Lain