suria

MB Selangor Hadapi Saingan Satu Lawan Satu di DUN Pelabuhan Klang

KLANG: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berpindah kawasan Dewan Undang Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dari DUN Ijok, menghadapi pertandingan satu lawan satu dengan calon BN Datuk Nasarruddin M Zin, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei nanti.

Pegawai Pengurus Pilihan raya kawasan Parlimen Klang Ehsan Mukri mengesahkan pencalonan kedua-dua mereka di pusat penamaan calon di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang di sini.

Di kawasan DUN Kota Alam Shah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz yang merupakan calon BN, berdepan pertandingan empat penjuru dengan Naib Presiden Kanan PPP V. Ganabatirau dari DAP dan dua calon bebas L. Pannerselvam dan Loo Hok Chai, yang merupakan seorang veteran DAP.

Kawasan DUN Pandamaran pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Datuk Ching Eu Boon yang juga Timbalan Ketua Pemuda MCA Klang, Tan Kok Shyong dari DAP serta dua calon bebas Hamzah Lamin dan veteran DAP A. Deligannu.

Di kawasan Parlimen Klang, penyandang kerusi itu Charles Santiago dari DAP ditentang calon BN Datuk Teh Kim Poo dalam pertandingan satu lawan satu. -BERNAMA

Artikel Lain