suria

Kronologi Penamaan Calon Parlimen Segamat

Calon PKR yang juga Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bersalaman dengan calon BN, Datuk Seri Dr Subramaniam selepas menghantar borang pencalonan bagi Parlimen Segamat. -Foto mStar oleh: KEMALIA OTHMAN

SEGAMAT: Berikut ialah kronologi pada hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Parlimen Segamat.

11.45 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat mula bersurai meninggalkan perkarangan dewan pusat mengundi.

11.40 pagi: Penyokong Pakatan Rakyat masih menunggu Datuk Chua Jui Meng keluar dari dewan pusat penamaan calon. Sementara penyokong BN telah beredar dari perkarangan Dewan Jubli Intan, Segamat.

11.30 pagi: Bacaan doa dilakukan oleh penyokong BN menyambut Datuk Seri Dr Subramaniam keluar dewan pusat penamaan calon.

10.30 pagi: Kesemua calon diminta mencabut undi bagi menentukan giliran pada hari pengundian.

10 pagi: Pegawai Pengurus SPR mengumumkan penutupan pencalonan bagi calon P.140 Segamat.

9.35 pagi: kesemua calon daripada pihak BN dan Pakatan Rakyat sudah selesai menghantar borang pencalonan namun SPR yang diketuai Pegawai Pengurus SPR Parliman Segamat, Ismail Abu masih lagi menunggu sehingga pukul 10 pagi.

9.15 pagi: Giliran Datuk Seri S Subramaniam menghantar borang pencalonan P.140 Segamat bersama lapan wakil pencadang dan penyokong daripada Barisan Nasional.

8:40 pagi: Datuk Chua Jui Meng bersama lebih 100 penyokong mula berjalan menuju ke dewan penamaan, sambil penyokong membawa bendera dan melaung perkataan 'ubah'.

8.30 pagi: Seramai kira-kira 100 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Padang Batu Hampar kira-kira 50 meter dari Dewan Jubli Perak, Segamat

7.30 pagi: Penyokong-penyokong parti telah mula berkumpul di Dataran Segamat menunggu kehadiran calon-calon sebelum sesi penamaan calon di Dewan Jubli Intan, Segamat.

Artikel Lain