Umno Pasir Puteh Yakin Tawan Kerusi Parlimen, Empat DUN - Semasa | mStar

Umno Pasir Puteh Yakin Tawan Kerusi Parlimen, Empat DUN

PASIR PUTEH: Umno Bahagian Pasir Puteh yakin akan dapat menawan kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu, berasaskan faktor dalaman calon dan pergolakan yang berlaku dalam PAS pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman berkata dua DUN iaitu Semerak dan Selising mempunyai harapan cerah berdasarkan kedua-dua calon PAS kawasan itu mempunyai rekod yang tidak menyenangkan anggota PAS sendiri.

"Bagi DUN Semerak, bekas pengarah pilihan raya DUN PAS kawasan itu, Shokri Mohamad Noor, 68, sudah naik ke pentas Umno berceramah menentang PAS tiga hari lepas," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding kerusi parlimen dan empat DUN di sini Jumaat.

Calon BN itu ialah Tuan Mustaffa Tuan Mat (Parlimen Pasir Puteh), Zulkifli Ali (DUN Selising), Mohd Rujhan Salleh (DUN Limbongan), Zawawi Othman (DU NSemerak) dan Redzuan Stapha (DUN Gaal).

Zawawi berkata Shokri tidak berpuas hati dengan pemimpin PAS di kawasan berkenaan mengenai isu rampasan tanah.

"Ini memberi kelebihan kepada BN yang tewas tipis kepada penyandang DU Nberkenaan Wan Hassan Wan Ibrahim pada PRU ke-12," katanya.

Katanya bagi DUN Selising, Zulkifli turut mempunyai harapan yang cerah apabila Setiausaha PAS Cawangan Danan, Ibrahim Ismail, 63, mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon bebas yang akan memecahbelahkan undi PAS.

Zawawi berkata Ibrahim tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan PAS yang memilih penyandang DUN itu, Saiful Bahri Mohamad yang didakwa kononnya terbabit dengan kes khalwat.

Beliau berkata calon BN di Limbongan dan Gaal juga mempunyai harapan apabila PAS mencalonkan Mazlan Hasbullah (Limbongan) dan Tuan Mazlan Tuan Mat (Gaal), yang kurang disenangi kalangan anggota PAS.

Katanya Tuan Mustaffa, calon BN kerusi Parlimen Pasir Puteh, terpaksa bertarung kali kedua dengan calon PAS Nik Mazian Nik Mohammad dengan kali pertama kedua-duanya bertanding merebut DUN Gaal pada PRU12 yang dimenangi Nik Mazian dengan majoriti 323 undi.

Bagaimanapun Zawawi berkata keadaan sekarang jauh berubah apabila PAS gagal membawa perubahan di DUN Gaal. - BERNAMA

Artikel Berikut

Veteran Umno, Aishah Ghani Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain