Tengku Rethwan Tarik Diri, Abdul Halim Calon Baharu BN DUN Seri Setia - Semasa | mStar

Tengku Rethwan Tarik Diri, Abdul Halim Calon Baharu BN DUN Seri Setia

SHAH ALAM: Calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Tengku Rethwan Mansor yang sepatutnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia pada pilihan raya umum ke-13, menarik diri pada Jumaat.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata Tengku Rethwan telah menarik diri dan penarikan itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tengah hari ini.

"Tengku Rethwan telah menarik diri dan surat penarikan diri telah dihantar kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

"Atas sebab itu, Pengerusi BN Selangor (Najib) telah pun bersetuju mencalonkan Datuk Abdul Halim Samad (Penyelaras BN DUN Seri Setia) sebagai pengganti dan beliau (Abdul Halim) akan menghantar borang penamaan calon esok pagi," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Umno di sini.

Mohd Zin telah menyerahkan watikah pelantikan sebagai calon kepada Abdul Halim pada kira-kira 3.15 petang ini.

Ketika ditanya mengenai sebab penarikan diri Tengku Rethwan, Mohd Zin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

"Biasalah dalam pilihan raya perkara ini memang selalu berlaku, sampai saat akhir memang akan ada pertukaran calon atau penarikan diri oleh calon-calon yang bakal bertanding," katanya.

Sementara itu, Abdul Halim, 46, berkata pencalonannya merupakan satu penghargaan buat dirinya dan beliau berterima kasih kepada Pengerusi BN yang mempercayai kepimpinannya.

"Terima kasih kepada Pengerusi (Najib) dan Timbalan (Mohd Zin) BN Selangor yang melantik saya sebagai calon, saya juga mahu berterima kasih kepada mereka yang telah menyokong kerja-kerja saya.

"Walaupun dicalonkan pada saat-saat akhir, saya akan berikan yang terbaik dan memastikan kemenangan BN di sini (DUN Seri Setia)," katanya.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Shahanim Kekal Sokong BN

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain