suria

Sebanyak 4,996 Borang Penamaan Calon Dijual - SPR

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,466 borang penamaan calon iaitu Borang 4 untuk Parlimen dan 2,533 Borang 4A untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi pilihan raya umum ke-13 telah dijual kepada parti politik setakat hari Khamis.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata selain itu, sebanyak 301 Borang 4 serta 696 Borang 4A telah dijual kepada calon Bebas menjelang hari penamaan calon, Sabtu ini.

"Daripada jumlah itu, Sabah merupakan negeri yang mencatatkan penjualan borang tertinggi dengan 205 Borang 4 dan 361 Borang 4A telah dibeli.

"Sementara 205 Borang 4 dan 485 Borang 4A dibeli calon bebas," katanya dalam kenyataan di sini, malam Khamis. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain