suria

Laporan Risikan Dakwa Pakatan Menang PRU-13, Kenyataan Mengarut - Khalid

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan kononnya wujud laporan risikan Bukit Aman bahawa pakatan pembangkang akan memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan memperoleh 145 kerusi Parlimen berbanding 77 untuk Barisan Nasional.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali.

"Apa yang saya boleh katakan ini merupakan kenyataan yang tidak benar dan sama sekali mengarut," katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Sebuah akhbar melaporkan dakwaan itu dibuat seorang pemimpin veteran pembangkang dalam satu ceramah politik di Kulai, Johor pada Selasa malam. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain