suria

Khaled Nordin Yakin BN Menang Besar & Pertahan Johor

PASIR GUDANG: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan besar di Johor dan sekaligus dapat mempertahankan Johor daripada jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang dan kali ini diletak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas berkata BN tidak merasa tergugat dan gentar dengan kehadiran ramai pemimpin pembangkang di negeri ini kali ini.

"Mereka tidak akan menang, malah kita akan memang banyak kerusi," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan calon BN Parlimen Pasir Gudang di sini malam ini. BN mengetengahkan muka baharu iaitu Normala Abdul Samad untuk bertanding di kerusi Parlimen tersebut, sementara penyandang Tan Cher Puk (DUN Johor Jaya) dan Mohamed Khaled sendiri (DUN Permas).

Mohamed Khaled berkata calon BN di kawasan itu adalah yang terbaik dan bukan asing di kalangan rakyat di Pasir Gudang berbanding calon pembangkang.

Dalam ucapannya, beliau berkata beliau memilih bertanding di DUN yang terletak di bawah kawasan Pasir Gudang kerana penduduk di situ dekat di hatinya.

Beliau turut mengumumkan penyanyi Akeem dan pelakon Ashraff Muslim sebagai Ikon BN kawasan Pasir Gudang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain