suria

DAP Umum Senarai Calon Perak

IPOH: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN)Pasir Pinji akan bertukar kerusi dan bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata beliau akan mempertahankan kerusi DUN Setiawan sementara penyandang kerusi DUN Canning, Wong Kah Woh yang dikatakan akan bertanding kerusi Parlimen, turut kekal dikerusi yang dimenanginya.

Howard Lee akan bertanding di Pasir Pinji sementara penyandang kerusi DUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow juga akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu.

Brkas Speaker DUN Perak dan ADUN Tronoh, V. Sivakumar pula akan bertanding di Parlimen Batu Gajah.

Ngeh turut mengesahkan M. Kulasegaran akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya di Ipoh Barat.

Antara muka baru yang akan bertanding pada pilihan raya kali ini adalah:

Paul Yong (Tronoh), Loh Sze Yee (Jalong), Wong May Ing (Pantai Remis), Leong Cheok Keng (Malim Nawar) dan Leow Thye Yih (Aulong).

Selain itu, wakil rakyat DAP yang mempertahankan kerusi masing-masing ialah: A. Sivanesan (Sungkai), S. Sivasubramaniam (Buntong), Chen Fook Chye (Keranji) dan Lim Pek Har (Menglembu).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain