suria

Tiki Lafe Umum Jadi Calon Bebas Mesra BN

Datuk Dr Tiki Lafe
 Datuk Dr Tiki Lafe
Datuk Dr Tiki Lafe

BAU (Sarawak): Penyandang kerusi kawasan Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe pada Khamis mengumumkan akan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-13.

Walau bagaimanapun, beliau berkata beliau akan tetap mesra Barisan Nasional (BN)).

"Pemintaan, sokongan, dorongan begitu kuat. Tidak ada cara lain kita mara ke hadapan.

"Tujuan untuk pastikan tempat ini masih dipunyai orang Mas Gading, kita tidak gaduh dan masih sokong kerajaan sekarang dan saya sendiri masih orang BN," katanya sambil menambah tujuannya bertanding untuk memastikan kerusi Mas Gading terus dimiliki BN.

Beliau berucap di hadapan lebih 1,000 penyokong pada majlis Perhimpunan Calon Rakyat Rakan Barisan Nasional di Dewan Suarah Bau di sini.

Turut hadir penyokong Kelab BN yang dipimpin Kumpulan 5 (G5) antaranya Datuk Peter Nansian, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru, Rosey Yunus (Bekenu), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau).

Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebelum ini mengumumkan muka baharu dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Anthony Nogeh Gumbek sebagai calon BN di Mas Gading. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain